|
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 22 September 2022 (Khamis) : 8.00 pagi- 1.00 petang : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Sungai Mas : 18 orang |
Tujuan
Merapatkan PEDi dengan komuniti setempat, memperkenalkan nama baru PEDi serta pelbagai kemudahan terkini di PEDi di samping menggalakkan usahawan menggunakan platform Shopee bagi mempromosikan perniagaan. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama Mamacare Kota Tinggi. Usahawan dapat pendedahan untuk kelebihan membuka kedai di Shopee. Selain itu, peserta dilatih untuk memasarkan produk di Shopee secara intensif menggunakan kemudahan yang ada dalam laman web Shopee.
Aktiviti
- Pengenalan berkaitan cara menubuhkan kedai di Shopee
- Pendedahan berkenaan bahan bantu mula yang disediakan pihak Shopee yang boleh digunakan oleh usahawan
- Para peserta membuat latihan praktikal sendiri menggunakan aplikasi Shopee masing-masing