mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2022 (JANUARI-JUN) USAHAWAN 1 – PN SAFIAH BINTI ARBAIN

Nama     : Safiah Binti Arbain

Umur     : 35 Tahun

Ahli        : 24 Jun 2019

Latar belakang

Saya Safiah Binti Arbain menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Sebelum ini, pelbagai jenis produk telah saya jual dan menjadi dropship. Kini, saya lebih menumpukan perhatian dalam menyediakan perkhidmatan surprise delivery. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya pada tahun 2018 kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADI. Pendapatan saya hanya sekitar RM 400 – RM500 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar dan membina FB Page. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 600 – RM 800 sebulan.