mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2023 (JULAI – SEPTEMBER 2023) CELIK IT – ASYIRA BINTI MD KAMAL ZUHAIRI

Nama     : Asyira Binti Md Kamal Zuhairi

Umur     : 18 Tahun

Ahli        : 2 Julai 2023

Latar belakang

Saya Asyira Binti Md Kamal Zuhari berumur 18 tahun merupakan lepasan SPM dan berhasrat untuk memohon pekerjaan sebagai kerani. Tujuan saya datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Hal ini kerana semasa temuduga dijalankan, panel temuduga ada bertanyakan berkenaan kemahiran komputer yang dapat saya kuasai. Secara jujurnya, saya tidak didedahkan secara terperinci berkenaan penggunaan komputer semasa zaman persekolahan. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga dapat mempelajari Canva.com untuk membuat resume dan cara menggunakan email bagi tujuan rasmi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Penggunaan komputer di rumah dan di sekolah amat minimal. Sebagai contoh, saya menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi namun, format-format yang perlu digunakan bagi membuat surat, saya tidak menguasai sepenuhnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat mengetahui bahawa penggunaan laman sesawang seperti fasttyping.com membantu saya meningkatkan keupayaan menaip. Justeru, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer yang akan membantu saya sekiranya saya menyambung pelajaran selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan boleh diguna pakai pada masa akan datang.