|
Nama : Nur Mazlienda Binti Mazlan Umur : 18 Tahun Ahli : 2 Julai 2023 |
Latar belakang
Saya Nur Mazlienda Binti Mazlan berumur 18 tahun merupakan lepasan SPM. Tujuan saya datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Hal ini kerana saya telah mendapat tawaran temuduga sebagai Kerani Operasi di Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga dapat mempelajari Canva.com untuk membuat resume dan apa-apa kemudahan berkaitan grafik secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Saya mempunyai kemahiran menaip namun masih ditahap yang minimal. Di samping itu, semasa sesi temuduga yang akan dijalankan, saya perlu membuat ujian menaip pantas dan terdapat seksyen-seksyen soalan yang memerlukan kemahiran berkomputer. Penguasaan saya dalam kemahiran berkomputer masih rendah dan memerlukan latihan yang berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat mengetahui bahawa penggunaan laman sesawang seperti fasttyping.com membantu saya meningkatkan keupayaan menaip. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan boleh diguna pakai pada masa akan datang.