mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024 – WEBINAR NADI X USAHAWAN – BUSINESS 101 : STRATEGI PEMASARAN DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tarikh3 Disember 2024 (Selasa)
Masa2.00 petang – 4.30 petang
LokasiNADI Felda Sungai Mas
Peserta4 orang

Tujuan

  • Memberikan panduan kepada usahawan kecil dan sederhana dalam merancang strategi pemasaran yang efektif.
  • Membantu peserta memahami elemen penting dalam menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap.
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan teknologi digital untuk memperluaskan pasaran perniagaan.

Aktiviti

  • Sesi Pengenalan: Taklimat ringkas mengenai pentingnya strategi pemasaran dalam meningkatkan keuntungan dan penerangan tentang komponen utama rancangan perniagaan.
  • Pembentangan Modul: Strategi pemasaran digital dan tradisional di samping penerangan tips mengenal pasti sasaran pelanggan dan kaedah analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats)
  • Sesi Interaktif: Latihan menyediakan draf rancangan perniagaan serta perbincangan kumpulan mengenai cabaran pemasaran yang dihadapi.
  • Sesi Soal Jawab: Peserta boleh mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah.