mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2024 : WEBINAR NADI X USAHAWAN – BUSINESS 101 : E-INVOICE DAN PEMATUHAN PERNIAGAAN

Tarikh4 Disember 2024
Masa3.00 petang – 4.00 petang
LokasiNADI Felda Sungai Mas
Peserta6 orang

Tujuan

  • Memberikan pendedahan kepada usahawan mengenai kepentingan e-invois dalam menguruskan kewangan perniagaan secara lebih efisien dan sistematik.
  • Meningkatkan kefahaman tentang pematuhan perniagaan dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan risiko perniagaan.
  • Membantu usahawan di komuniti Felda Sungai Mas untuk memanfaatkan teknologi dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan.

Aktiviti

  • Sesi Pengenalan: Taklimat ringkas mengenai kepentingan e-invois dalam menguruskan kewangan perniagaan dan penerangan tentang aspek pematuhan perniagaan dan bagaimana ia membantu mengelakkan risiko undang-undang.
  • Pembentangan Modul: Konsep asas e-invois dan kepentingannya dalam perniagaan, pengenalan kepada undang-undang pematuhan perniagaan yang perlu diketahui oleh usahawan, kaedah praktikal untuk memastikan pematuhan kewangan dan operasi perniagaan
  • Sesi Interaktif: Latihan menyediakan e-invois serta perbincangan kumpulan mengenai cabaran pemasaran yang dihadapi.
  • Sesi Soal Jawab: Peserta boleh mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah berkaitan e-invois dan pematuhan perniagaan