mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 – 2024 – CELIK ICT – NURUL NABIHAH BINTI KASIM

CELIK ICT – NURUL NABIHAH BINTI KASIM

Nama      : Nurul Nabihah Binti Kasim

Umur       : 21 tahun

Ahli          : 7 Jun 2024

Latar Belakang

Saya Nurul Nabihah Binti Kasim berumur 21 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM dan sedang mencari pekerjaan tetap. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk membuat resume bagi mencari pekerjaan kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Di samping itu, ia juga membantu saya dalam menambah kemahiran komputer untuk diletakkan di dalam resume saya kelak. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan boleh diguna pakai pada masa akan datang