CELIK ICT – MUHAMMAD NURSYAM SIDDIQ BIN ABDUR RASHID
Nama : Muhammad Nursyam Siddiq Bin Abdur Rashid
Umur : 13 tahun
Ahli : 14 Jun 2024
Latar Belakang
Saya Muhammad Nursyam Siddiq Bin Abdur Rashid berumur 13 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya merupakan seorang pelajar madrasah dan merasakan kemahiran komputer merupakan kemahiran tambahan yang perlu ada. Saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya tidak mahir menggunakan komputer mahupun apa-apa aplikasi dalam komputer. Di samping itu, sebelum ini, saya ada mendapat tugasan dari guru untuk membuat buku skrap yang menarik namun, saya hanya mampu menghasilkan buku skrap menggunakan tulisan tangan sahaja. Ini kerana kekangan disebabkan tidak mahir menggunakan komputer justeru, mendorong saya untuk mula belajar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan pengetahuan di dalam bidang komputer dan modul yang diberikan juga mudah difahami. Tambahan, saya juga dapat mempelajari dan membuat latihan bagi kepantasan menaip melalui laman web fasttyping.com seperti dimaklumkan oleh petugas NADI.