USAHAWAN 2 – FARIDAH BINTI AHMAD
Nama : Faridah Binti Ahmad
Umur : 45 tahun
Ahli : 29 Julai 2010
Latar Belakang
Saya Faridah Binti Ahmad menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Saya merupakan seorang tukang jahit dan menjadi dropship bagi pelbagai produk bagi menambahkan lagi pendapatan dan pengalaman saya. Pada mulanya promosi jualan dan perkhidmatan saya hanya dikalangan ahli keluarga. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, pada permulaan perniagaan saya juga, penggunaan Facebook Page dan Instagram belum lagi meluas. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADI mahupun di luar. Pendapatan saya hanya sekitar RM 100 – RM500 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah dianjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp Business dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara membuat kira-kira akaun perniagaan dan membina FB Page serta mengikuti pelbagai kelas-kelas anjuran NADI antaranya Kelas Promosi Tiktok. Di samping itu, NADI juga ada memberikan maklumat-maklumat berkenaan bengkel-bengkel berkaitan bakeri dan pastri yang dianjurkan oleh tenaga pengajar di luar. Sehubungan dengan itu, pendapatan saya juga telah meningkat kepada RM 500 – RM 1000 sebulan.