| Tarikh | 6 September 2025 (Sabtu) |
| Masa | 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 3 orang |
Tujuan
- Memberi pendedahan awal kepada peserta muda mengenai konsep pemasaran digital yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI)
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam merancang strategi pemasaran yang kreatif dan efektif melalui penggunaan alat dan aplikasi berasaskan AI
- Mendidik peserta tentang kepentingan inovasi digital dalam memperkasa perniagaan dan keusahawanan masa depan
- Menggalakkan minat peserta dalam bidang keusahawanan di peringkat kanak-kanak dan remaja
Aktiviti
- Penceramah berkongsi ilmu, strategi dan contoh sebenar penggunaan AI dalam pemasaran
- Peserta mencuba menggunakan aplikasi AI untuk mencipta bahan promosi digital seperti poster dan caption media sosial
- Penceramah menyampaikan pengisian dalam bentuk penerangan, demonstrasi, dan sesi interaktif
- Ringkasan topik utama dan galakan untuk terus meneroka bidang pemasaran digital menggunakan teknologi AI