|
Nama : Maizura Binti Mohd Sham Umur : 36 Tahun Ahli : 11 Februari 2012 |
Latar belakang
Saya Maizura Binti Mohd Sham menjalankan perkhidmatan urutan & spa bagi menambahkan pendapatan. Perkhidmatan ini bermula dari rumah sejak tahun 2010 dan hanya menjalankan perniagaan ini dikalangan kawan-kawan terdekat sahaja. Dalam masa yang sama, saya mula mengikuti pelbagai kelas urutan & spa dan mula memperkenalkan perkhidmatan saya kepada masyarakat setempat. Dengan menghadiri kelas urutan, ia dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM500 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook serta Instagram dengan lebih meluas. Selain itu, saya juga mempromosi perkhidmatan saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Di samping itu, saya juga kerap menghadiri kelas serta bengkel urutan sehingga berjaya mendapat Sijil SKM Tahap 3. Tambahan, saya juga telah berjaya mendapat Sijil Induksi Pentauliahan Persijilan yang membolehkan saya menjadi tenaga pengajar. Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 3000 – RM 4000 sebulan.