mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 (OKTOBER-DISEMBER) CELIK IT – MUHAMMAD KHAIRUL DANISH BIN KHAMSANI

Nama     : Muhammad Khairul Danish Bin Khamsani

Umur     : 22 Tahun

Ahli        : 19 September 2019

 

Latar belakang

Saya Muhammad Khairul Danish berumur 22 tahun merupakan lepasan Diploma. Saya ingin mencari pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu dalam alam pekerjaan nanti. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari cara menggunakan akaun Gmail dan Canva.com untuk membuat resume.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya  kurang mahir menggunakan komputer. Di samping itu, sewaktu di universiti, kemahiran menaip saya tahap sederhana. Namun demikian, dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, ia juga akan membantu saya sekiranya saya diterima masuk bekerja selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan akaun Gmail bagi tujuan rasmi pada masa akan datang dan menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume.