|
Nama : Norfizah Binti Ismail Umur : 42 Tahun Ahli : 20 Julai 2017 |
Latar belakang
Saya Norfizah Binti Ismail menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Perniagaan saya ini telah bermula sejak tahun 2015 di mana saya hanya menjual pada kawan-kawan terdekat sahaja. Saya menjual pelbagai jenis makanan seperti sandwich, kek, makanan barat seperti Chicken Grill dan nasi Arab. Saya mengambil tempahan mengikut pilihan pelanggan dan membuka tempahan pada kuantiti yang terhad demi menjaga kualiti makanan. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga ada menggunakan Facebook untuk mengiklankan tempahan tetapi kurang mendapat sambutan. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM400 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar dan membina FB Page. Kini, perniagaan saya mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah berjaya membuka gerai dan ini menarik minat lebih ramai pelanggan. Dalam masa yang sama, saya juga berpeluang mempelajari cara mempromosi produk menggunakan platform Shopee sebagai medium menambahkan pendapatan. Hal ini kerana saya juga mempunyai produk tambahan iaitu minyak wangi yang boleh dijual di Shopee. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 800 – RM1 000 sebulan