|
Nama : Azizi Bin Amir Umur : 26 Tahun Ahli : 24 Jun 2019 |
Latar belakang
Saya Azizi Bin Amir berumur 26 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya telah bekerja sebagai Pembantu Makmal dan perlu menggunakan Microsoft Office dalam kerja seharian. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu terutama dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk membuat resume.
.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Di samping itu, sebelum ini, saya hanya menggunakan Microsoft Office untuk membuat resume dan tidak pernah menggunakan Canva.com.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menggunakan Microsoft Office dengan lebih cepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Dengan adanya kelas komputer ini, ia dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan seharian saya dalam sektor pekerjaan saya. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume yang lebih sistematik dan cantik.