PERSATUAN BELIA FELDA SUNGAI MAS
- Pengenalan
Organisasi ini dinamakan Persatuan Belia Felda Sungai Mas (PBFSM). Persatuan ini diketuai oleh Encik Hamirul Fazli Bin Kasehan. PBFSM telah berjaya melaksanakan sebanyak 70 aktiviti sepanjang tahun 2008. Bangunan PBFSM ini terletak bersebelahan dengan tadika kemas Felda Sungai Mas. Terdapat 16 ahli jawatankuasa dan 11 ahli urusetia yang bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancangkan sehingga berjaya. Setiap tahun, PBFSM akan menjalankan aktiviti termasuklah aktiviti sukan, kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai generasi di kawasan ini.
- Aktiviti – Aktiviti PBFSM
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2008 adalah sebanyak 70 aktiviti. Terdapat 5 kelab sukan yang aktif sehingga kini, antaranya ialah :
- Kelab Bola Tampar
- Kelab Bola Jaring
- Kelab Badminton
- Kelab Sepak Takraw
- Kelab Bola Sepak
Manakala untuk kegiatan kebudayaan terdapat 3 kelab yang aktif iaitu Zapin, Kompang dan Kuda Kepang. Bagi tujuan gotong-royong pula, Kelab Kendarat menjadi peneraju bagi program ini dijalankan. Kegiatan kemahiran yang dijalankan oleh persatuan ini adalah membuat Program Bersama Maxis pada tahun 2007, dimana ianya menarik minat penduduk Felda dan pelajar sekolah menggunakan komputer. Program ini dijalankan selama tiga hari dan disediakan dengan 40 komputer. Sehingga kini, persatuan ini masih aktif dijalankan komuniti masih giat menjalankan pelbagai aktiviti.