Aktiviti Tahunan JKKK Felda Sungai Mas
1. Sambutan Maulidur Rasul
2. Gotong-royong 2 kali sebulan
3. Kutipan derma untuk anak-anak yatim
4. Sumbangan untuk pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
5. Sumbangan kepada guru agama yang mengajar mengaji kepada anak-anak FELDA Sungai Mas
Carta Organisasi JKKK Felda Sungai Mas
Peranan Dan Fungsi JKKK
1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program-program atau projek-projek pembangunan di dalam kampung.
2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek-projek pembangunan di dalam kampung.
3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program-program dan projek-projek pembangunan di dalam kampung.
4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program- program dan projek-projek pembangunan di dalam kampung.
5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat kampung yang melaporkan segala musuh negara saperti anasir-anasir komunis, anti- national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan penyalahgunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.
6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan dua hal antara wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan dengan penduduk kampung.
7. JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan menggembleng tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
Hubungi JKKK Felda Sungai Mas
Haji Marjuni Bin Haji Hassan : 013-7381306
Sumber Rujukan : Pejabat FELDA Sungai Mas