Kemudahan Asas

Kemudahan Asas | 25 July 2015

1. STESEN MINYAK PETRONAS

Stesen minyak PETRONAS terletak di Pejabat Koperasi Sungai Mas, No. 1, Felda Sungai Mas, 81900, Kota Tinggi, Johor. Ianya terletak di simpang empat dan berhadapan dengan deretan kedai. Stesen minyak ini merupakan keperluan utama bagi komuniti Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur, Bandar Mas dan kawasan sekitarnya. Terdiri daripada seorang kerani, dan dua orang pembantu.

2. POS MINI SUNGAI MAS

Pos Mini Sungai Mas terletak di Pejabat Koperasi Felda Sungai Mas, 81900, Kota Tinggi, Johor. Pos mini ini memudahkan para penduduk sekitarnya untuk membayar bil air, bil elektrik, bil astro dan sebagainya.

3. KEDAI RUNCIT

Di kawasan Felda Sungai Mas terdapat banyak kedai runcit untuk kemudahan penduduk. Hal ini termasuklah kedai runcit yang menyediakan pelbagai jenis sayur-sayuran dan makanan laut untuk kemudahan penduduk untuk membelinya. Kedai runcit dan kedai sayuran ini dapat menampung keperluan penduduk di sekitar kawasan Sungai mas ini. Harga barangan juga amat berpatutan untuk semua pembeli.

4. KEDAI TELEKOMUNIKASI

Terdapat pelbagai kedai telekomunikasi di sekitar kawasan Sungai Mas. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah penjualan penambahan prepaid Celcom, Maxis dan Umobile. Penjualan dan pembaikan telefon juga disediakan untuk memudahakn penduduk supaya mereka tidak perlu ke bandar.

5. DEWAN SEMAI BAKTI

Dewan Semai Bakti di bina oleh pihak Felda Sungai Mas untuk kegunaan penduduk Felda Sungai Mas dan sekitarnya. Dewan ini amat penting untuk kemudahan penduduk mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan. Selain itu, majlis-majlis rasmi seperti Rumah Terbuka Aidilfitri, Majlis Penyerahan Geran Tanah dan sebagainya juga diadakan di dewan untuk kemudahan dan keselesaan penduduk setempat. 

6. MASJID AS-SAADAH

Masjid As-Saadah Felda Sungai Mas terletak di kawasan Sungai Mas berhampiran dengan stesen minyak Petronas. Masjid ini dibina adalah untuk kemudahan komuniti setempat untuk beribadah. Selain itu, majlis-majlis seperti Sambutan Maulidul Rasul dan ceramah agama juga turut dilakukan di masjid As-Saadah.