Komuniti Felda Sungai Mas menjalankan pelbagai aktiviti keusahawanan. Antaranya menjalankan aktiviti perusahaan kerepek, kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, dan berniaga kecil-kecilan. Kebanyakkan daripada mereka lebih gemar mencari pendapatan sampingan dengan berniaga dan menternak binatang. Contohnya bagi golongan wanita lebih gemar menjalankan aktiviti menjahit dan kraftangan, manakala golongan belia lebih gemar kearah aktiviti penternakan. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan komuniti dengan lebih baik.