|
Nama : Pelajar Tadika Umur : 5 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Para pelajar terdiri daripada umur 5 tahun. Mereka tidak pernah menggunakan komputer dalam pembelajaran. Oleh itu, tenaga pengajar telah mengambil inisiatif untuk mengetengahkan cara pembelajaran melalui E-Learning kepada pelajar tadika.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum pelajar mengikuti kelas pembelajaran E-Learning di Pusat Internet Felda Sungai Mas, para pelajar tidak mengenali perkakasan komputer seperti penggunaan mouse. Oleh itu, staf mengambil inisiatif mengajar dengan menggunakan smartboard agar pelajar lebih cepat belajar. Pada mulanya pelajar hanya menyentuh abjad – abjad di smartboard sebelum belajar menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengambil kelas komputer di Pusat Internet Felda Sungai Mas, para pelajar lebih cepat belajar dan lebih mahir. Pembelajaran melalui E-Learning menarik minat pelajar untuk lebih memberi tumpuan semasa pembelajaran dan pelajar dapat memahami apa yang dipelajari.