mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2017 ( APRIL-JUN) USAHAWAN 1 – PN ZARINA BT MOHD NAZRI

Nama : Pn Zarina Bt Mohd Nazri

Umur : 45 Tahun

Ahli : 2011

Bentuk Perniagaan : Produk Kesihatan & Jahitan

 

Latar belakang

Pn Zarina adalah seorang suri rumah dan telah menjalankan perkhidmatan jahitan serta menjual produk kesihatan secara sambilan secara offline sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menjual produk kesihatan hanya dari mulut ke mulut. Pendapatan bulanan RM 200.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Staf PI Felda Sungai Mas telah membuat kelas Perniagaan secara online. Dengan adanya kelas tersebut, saya dapat mempelajari promosi secara online. Semua pelanggan tidak lagi terhad tetapi semakin meluas ke serata negeri. Pendapatan pun, semakin bertambah dari RM 200 kepada RM 800 sebulan.