mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2017 ( APRIL-JUN) USAHAWAN 2 – NOR SHAHIRAWATI BT AHMAD

 

Nama : Nor Shahirawati Bt Ahmad

Umur : 40 Tahun

Ahli : 2010

Bentuk Perniagaan : Urutan Tradisional & Produk Kesihatan 

 

Latar belakang

Pn Shahirawati sebelum ini merupakan seorang suri rumah yang mempunyai dua orang anak. Beliau tidak bekerja dan sehinggalah beliau ingin menambah pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan urutan tradisional dan menjual produk kesihatan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Shahirawati menyediakan perkhidmatan urutan tradisional dari rumah ke rumah. Beliau mewarwarkan perkhidmatan urutan beliau melalui percakapan mulut ke mulut. Pendapatan yang diperolehi pada permulaan perniagaan adalah tidak memberangsangkan iaitu dalam lingkungan Rm 100 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Intertnet

Namun begitu, selepas beliau mengiklankan di Facebook Page dan flyers, perkhidmatan urutan tradisional beliau semakin mendapat sambutan. Beliau belajar membuat Facebook Page dan flyers melalui Canva.com. Pendapatan beliau juga semakin bertambah iaitu meningkat kepada Rm600 sebulan.