|
Nama : Nur Farahnazira Binti Zainal Umur : 22 Tahun Ahli : Julai 2017 |
Latar belakang
Pelajar berumur 22 tahun dan sedang mencari pekerjaan. Pelajar ingin belajar komputer kerana ingin mengisi masa lapang sementara tiada pekerjaan yang dibuat. Pelajar telah datang bersama ibunya untuk bertanyakan mengenai pembelajaran kelas komputer di Pusat Internet Felda Sungai Mas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum pelajar mengikuti kelas komputer, pelajar hanya duduk di rumah. Oleh itu, ibunya menyarankan supaya anaknya belajar kelas komputer di Pusat Internet Felda Sungai Mas sementara mendapat panggilan bekerja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengambil kelas komputer di Pusat Internet Felda Sungai Mas, pelajar dapat menguasai dan memahami pembelajaran Microsoft Office. Modul latihan yang disediakan oleh pelajar dapat memudahkan pelajar memahami pembelajaran yang dijalankan.