mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2017 (JULAI – SEPTEMBER) USAHAWAN 1 – ANIDA BINTI HASHIM

Nama : Anida Binti Hashim

Umur : 50 Tahun

Ahli : Jun 2017

Bentuk Perniagaan : Urutan Tradisional 

 

Latar belakang

Puan Anida  adalah seorang suri rumah dan telah menjalankan perkhidmatan urutan tradisional di sekitar gugusan Felda Sungai Mas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menyediakan perkhidmatan urutan tradisional dari rumah ke rumah hanya secara kecil kecilan sahaja. Pendapatan yang diperolehi juga agak sedikit sekitar   Rm 300 sebulan. Hal ini kerana masih ramai lagi belum mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Namun begitu, setelah diterangkan oleh Staf Pusat Internet Felda Sungai Mas mengenai perkhidmatan untuk membantu usahawan setempat, beliau telah hadir ke kelas yang disediakan oleh Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk meningkatkan perkhidmatan beliau. Beliau telah belajar membuat flyers dan perniagaan secara online. Dengan adanya kelas tersebut, saya dapat mempromosikan perkhidmatan urutan tradisional saya  secara online. Semua pelanggan tidak lagi terhad dan pendapatan saya kini semakin bertambah kepada RM 800 sebulan.