|
Nama : Siti Noraniza binti Zainudin Umur : 38 Tahun Ahli : Jun 2017 Bentuk Perniagaan : Perkhidmatan Urutan Tradisional & Kesejahteraan |
Latar belakang
Pn Noraniza sebelum ini merupakan seorang suri rumah. Beliau tidak bekerja dan telah mengambil kursus urutan tradisional.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pn Noraniza menyediakan perkhidmatan urutan tradisional dari rumah ke rumah. Beliau membuat promosi mengurut secara mulut ke mulut. Pendapatan beliau adalah lebih kurang RM 150 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau telah mempelajari membuat portfolio,FB Pages, cara membuat iklan dan flyers di PI. Selepas beliau mengiklankan di Facebook Page dan mengedarkan flyers, perkhidmatan urutan tradisional beliau semakin mendapat sambutan. Pendapatan beliau semakin meningkat ke lebih kurang RM 600 sebulan.