|
Nama : Aidayu Binti Ahmad Umur : 44 Tahun Ahli : 2017 Bentuk Perniagaan : Makanan Sejuk Beku |
Latar belakang
Puan Aidayu merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku di kawasan sekitar Felda Sungai Mas. Beliau mempunyai sebuah kedai dan dua orang pekerja untuk perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Aidayu merupakan usahawan menjual kuih-muih sejuk beku seperti pau, karipap, kacang merah dan banyak lagi. Kebiasaannya beliau memasarkan produk mereka dengan membuka ‘booth’ di beberapa tempat. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk belajar membuat pemasaran secara dalam talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah beliau menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet, beliau telah menggunakan Facebook sebagai platform untuk memasarkan produk makanan sejuk beku beliau. Pemasaran yang menarik dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Kini, pendapatan beliau juga telah meningkat dua kali ganda daripada sebelum ini.