|
Nama : Nurul Najihah Binti Mohd Noh Umur : 19 Tahun Ahli : 2015 Bentuk Perniagaan : Kek Lapis Asam Manis |
Latar belakang
Saya merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Saya membantu ibu menjual kek lapis asam manis sejak dua tahun yang lalu di sekitar kawasan Felda Sungai Mas. Saya menjualnya di sekolah kepada guru-guru dan rakan sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, saya telah mengikuti kelas komputer Microsoft Office 2010 di Pusat Internet Felda Sungai Mas. Petugas Pusat Internet telah mencadangkan kepada saya untuk memasarkan kek lapis asam manis secara pemasaran online melalui Facebook Page dan Canva.com. Sebelum ini, permintaan hanya ketika musim perayaan sahaja dan pendapatan hanya dapat diperolehi lingkungan Rm300 hingga Rm400 setiap kali permintaan sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Namun setelah kaedah pemasaran online dilakukan, pelanggan saya semakin meluas sehingga ke bandar Kota Tinggi dan Pengerang. Pendapatan saya juga meningkat sehingga Rm500 hingga Rm800 sebulan. Kini, saya telah mempunyai Facebook Page saya sendiri yang dapat memperomosikan kek lapis asam manis saya. Permintaan sekarang juga bukan sahaja pada hari perayaan, tetapi juga hari-hari biasa dan kebanyakkannya tempahan untuk majlis kenduri dan majlis perkahwinan.