|
Nama : Arbainah Binti Bachok Umur : 50 Tahun Ahli : April 2017 |
Latar belakang
Pn Arbainah merupakan seorang pemandu peribadi. Beliau ingin belajar komputer kerana majikan beliau menyarankan beliau agar mempelajari asas Microsoft Office kerana pentingnya ilmu perkomputeran pada masa kini. Beliau telah datang ke Pusat Internet Felda Sungai Mas dan bertanyakan mengenai kelas komputer di sini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum pelajar mengikuti kelas komputer, beliau memang tidak mengetahui menggunakan komputer. Beliau tidak pernah belajar mengenai komputer dalam pekerjaan. Ianya menjadi sedikit sukar bagi beliau untuk mengendalikan komputer dan menyelesaikan latihan di dalam modul yang diberikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mempelajari asas komputer di Pusat Internet Felda Sungai Mas, beliau dapat menguasai asas komputer dengan baik. Walaupun mengambil masa yang lama untuk meningkatkan kemahiran dalam beliau dapat menguasai pembelajaran Microsoft Office dengan cepat. Modul latihan yang diberikan amat membantu dan mudah untuk mempelajari dengan cepat.