|
Nama : Yuhaness Binti Yusof Umur : 40 Tahun Ahli : April 2018 Bentuk Perniagaan : Makanan Kering (Kerepek) |
Latar belakang
Saya Yuhanees bekerja sebagai Pembantu Tadika KEMAS. Sebelum ini, saya membuat kerja sampingan menjual produk Hai-O selama setahun. Saya juga mempunyai minat dalam membuat kuih. Oleh itu, saya dan emak saya bercadang untuk membuat kerepek pedas dan menjualnya di sekitar kawasan Felda Sungai Mas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, saya juga pernah mengikuti beberapa program di Pusat Internet Felda Sungai Mas. Oleh itu, saya ada bertanya kepada staf bagaimana untuk mengembangkan pemasaran kerepek pedas saya secara meluas. Staf mencadangkan saya untuk membuka Facebook Page dan memasarkan produk saya di dalam aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop). Sebelum ini saya hanya memasarkan kerepek pedas di sekitar Felda Sungai Mas dan pendapatan yang diperolehi anggaran Rm 400 sebulan. Saya berminat untuk mengembangkan lagi produk makanan saya dengan lebih meluas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Saya telah mempelajari mempromosikan kerepek pedas saya di dalam My Shop. Setelah memasukkan produk di My Shop, pelanggan saya semakin meluas. Hal ini kerana melalui My Shop, satu Malaysia dapat melihat produk yang saya pasarkan. Melalui kaedah ini dapat meluaskan pemasaran saya. Kini pendapatan saya telah meningkat hingga mencecah Rm 800 sebulan.