|
Nama : Haliza Binti Hassan Umur : 28 Tahun Ahli : Jun 2009 Bentuk Perniagaan : Barang Kecantikan secara online |
Latar belakang
Saya Haliza berumur 28 tahun berasal dari Felda Papan Timur. Saya membuat perniagaan online ini sejak 3 tahun yang lepas secara sambilan. Selepas berkahwin 2 tahun yang lepas, saya membuat perniagaan online ini secara sepenuh masa. Pada awalnya, saya hanya menjual produk okaya dan sarung kunci kereta secara Dropship sahaja. Tetapi pada awal tahun lepas, saya telah bergiat aktif untuk menjual produk Totally Clean dan Fabric Mist. Sekarang saya telah menjadi stokis bagi Totally Clean Johor.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan bersama Pusat Internet Felda Sungai Mas dan ICT, perniagaan online saya kurang daripada RM 300 sebulan. Pihak Pusat Internet Felda Sungai Mas mencadangkan saya mengikuti kelas asas keusahawanan dan memasarkan produk saya di Myshop.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Felda Sungai Mas, kemahiran penggunaan ICT saya semakin meningkat dan memudahkan saya memasarkan produk saya secara meluas. Perniagaan saya juga semakin maju dan saya telah ada beberapa orang dropship dan agen di bawah saya untuk memasarkan produk saya di kawasan Kota Tinggi. Pendapatan saya kini juga telah meningkat ke RM 1000 ke RM 1500 sebulan.