|
Nama : Azmi bin Abd Hashim & Nurizan bt Alias Umur : 46 Tahun & 36 Tahun Ahli : September 2017 |
Latar belakang
Pelajar merupakan sepasang suami isteri dan ingin menambah ilmu dalam pembelajaran Microsoft Office untuk diaplikasikan di dalam pekerjaan masing-masing. Sebelum ini, mereka datang ke Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk menyiapkan tugasan kerja mereka. Seterusnya, mereka bertanyakan kepada staf Pusat Internet mengenai kelas Microsoft Office. Mereka ingin menambah pengetahuan dalam perkomputeran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum pelajar mengikuti kelas komputer, mereka hanya mengetahui asas pengenalan komputer Microsoft Office sahaja. Di dalam pekerjaan, memerlukan kemahiran komputer yang tinggi kerana semuanya menggunakan komputer. Oleh itu, mereka mengambil inisiatif belajar di sini untuk meningkatkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Office. Mereka mempelajari Microsoft Word, PowerPoint, Excel dan Canva.com.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mempelajari di Pusat Internet, mereka dapat menguasai pembelajaran Microsoft Office dengan baik. Kesemua latihan di dalam modul dapat diselesaikan dan sangat membantu untuk tugasan kerja mereka.