mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 (JANUARI – MAC) USAHAWAN 1 – MARIAH BT MAZLAN

 

Nama : Mariah Bt Mazlan

Umur : 33 Tahun

Ahli : 2014

Bentuk Perniagaan : Produk Kecantikan

 

Latar belakang

Saya Mariah bt Mazlan merupakan seorang peniaga sampingan menjual produk kecantikan D&G. Sementara itu, saya juga bekerja di kilang soya untuk menambah pendapatan keluarga. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan saya memilih untuk menjual produk kecantikan. Oleh sebab itu saya mencuba menjual produk kecantikan D&G. Selain menjual, saya juga memakai produk tersebut. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, saya telah mengikuti beberapa program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Sungai Mas. Oleh itu, saya berminat untuk mengikuti kelas bagi mempromosikan produk kecantikan saya dengan memasukkan di Dashboard Komuniti iaitu My Shop. Saya juga disarankan oleh staf untuk mempelajari Canva.com supaya cara promosi yang digunakan lebih menarik. Pendapatan penjualan produk sebelum ini kurang daripada Rm 500 dan saya ingin menambah pendapatan dengan menggunakan cara promosi yang berlainan pula.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Saya telah mempelajari untuk mempromosikan produk kecantikan yang saya jual di My Shop. Setelah memasukkan produk di My Shop, pelanggan saya semakin meluas. Hal ini kerana, kaedah pemasaran yang berlainan akan menarik minat pelanggan. Saya diajar menggunakan komputer dan menggunakan Canva.com. Kini pendapatan saya meningkat hamper Rm 1000 sebulan.