mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018 (JANUARI – MAC) USAHAWAN 2 – NURUHUDAH BT BASARUDDIN

 

Nama : Nuruhudah Bt Basaruddin

Umur : 26 Tahun

Ahli : 2015

Bentuk Perniagaan : Barang Kosmetik & Pengajar Asas Solekan 

 

Latar belakang

Saya Nuruhudah Binti Basaruddin, berasal dari Bandar Mas Kota Tinggi, Johor dan berumur 26 tahun. Sebelum ini saya bekerja sebagai baker selama 2 tahun di Kuala Lumpur. Selepas itu, saya pulang ke kampung untuk menolong keluarga untuk menguruskan perniagaan. Sejak itu, saya mula berminat untuk menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan. Hal ini juga untuk meningkatkan pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, sambutan dalam perniagaan online saya kurang daripada RM 500 sebulan. Sebelum ini, saya telah membuat kelas asas solekan di Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk golongan belia di sekitar kawasan tersebut. Setelah itu, Pihak Pusat Internet mencadangkan kepada saya untuk menggunakan kaedah pemasaran produk melalui Facebook Page dan My Shop. Seterusnya, saya diajar menggunakan dan membuat Facebook Page, Canva.com dan memasukkan produk di dalam My Shop.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan mengikuti pembelajaran di Pusat Internet Felda Sungai Mas, kemahiran ICT saya semakin meningkat dan perniagaan saya semakin meluas. Perkembangan perniagaan saya semakin dikenali oleh orang ramai dan semakin maju. Pendapatan saya kini juga telah meningkat ke RM 500 seminggu.