|
Nama : Maslina Binti Mazlan Umur : 41 Tahun Ahli : Disember 2013 Bentuk Perniagaan : Menjahit Manik dan Menjual Produk Nurraysa |
Latar belakang
Saya Maslina Binti Mazlan, berasal dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor dan berumur 41 tahun. Saya telah menjalankan perniagaan menjahit manik sejak 10 tahun lalu untuk menambah pendapatan saya. Setelah saya menggunakan produk Nurraysa pada bulan April 2018, saya tertarik dengan kualiti produk Nurraysa dan terus menjadi Agen untuk menambah lagi pendapatan saya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Felda Sungai Mas, pendapatan saya hanya sekitar RM 300 sebulan sahaja. Saya juga ada mengikuti program sebelum ini yang telah dianjurkan oleh Kami Anak Felda (KAF) bersama MDEC di Pusat Internet ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan social media untuk mempromosi produk saya ini. Saya juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp serta mempromosi Produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti.