|
Nama : Nurfadila Binti Latif Umur : 18 Tahun Ahli : Januari 2019 |
Latar belakang
Saya Nurfadila Binti Latif berumur 18 tahun merupakan lepasan SPM. Saya mengambil inisiatif untuk mempelajari Microsoft Office 2010 untuk menambah ilmu pengetahuan serta memenuhi masa lapang. Saya juga ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti selepas mendapat keputusan SPM kelak. Justeru itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Hal ini kerana, saya percaya pada masa akan datang, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap pelajar dan dalam alam pekerjaan nanti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya mempunyai pengetahuan asas mengenai Microsoft Office 2010 tetapi sudah mulai lupa dan tidak selalu mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran menaip saya juga pada tahap yang rendah. Namun demikian, dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Di samping itu, ia juga akan membantu saya sekiranya saya diterima masuk ke institusi pengajian tinggi selepas ini. Setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah akan memudahkan saya untuk menyiapkannya. Saya dapat menaip dengan lebih pantas dan teruja untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada masa akan datang.