|
Nama : Salawati binti M Nor Umur : 43 Tahun Ahli : 22 Mei 2018 |
Latar belakang
Saya berumur 43 tahun adalah suri rumah sepenuh masa dan menjahit baju untuk memenuhi hobinya sejak 3 tahun lepas. Sebelum ini, saya pernah bekerja sebuah syarikat di Taman Rinting. Saya telah datang ke Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk mempelajari Microsoft Office 2018 bagi menambah ilmu pengetahuan serta memenuhi masa lapang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya mempunyai pengetahuan asas mengenai Microsoft Office tetapi sudah mulai lupa sejak meninggalkan bidang pekerjaan 3 tahun lepas. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, saya cepat mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Saya juga dapat mempelajari teknik menjahit daripada laman web Youtube. Selain itu, saya dapat menggunakan Microsoft Excel untuk kewangan perniagaan menjahit saya dan dapat mengetahui duit keluar masuk dan keuntungan perniagaan saya.