|
Nama : Nurizzwanis Binti Yusof Umur : 28 Tahun Ahli : April 2015 Bentuk Perniagaan : Menjual Tudung Handmade |
Latar belakang
Saya Nurizzwanis adalah seorang surirumah sepenuh masa. Saya mula berniaga sejak 4 tahun yang lalu. Saya memfokuskan kepada penjualan tudung sarung yang dijahit sendiri. Saya amat mementingkan keselesaan & kekemasan jahitan untuk kepuasan pelanggan saya. Saya hanya memasarkan produk melalui Whatsapp dan Facebook persendirian sahaja. Saya aktif berniaga di kawasan sekitar tempat tinggal.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, pendapatan saya hanya sekitar RM 650 – RM800 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan sosial media untuk mempromosi produk saya ini. Saya juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp serta mempromosi Produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti.