|
Nama : Siti Hasmah Binti Siman Umur : 34 Tahun Ahli : 11 April 2017 |
Latar belakang
Saya Siti Hasmah Binti Siman menjalankan perniagaan menjual baju dan beg tangan secara atas talian ini bagi menambahkan pendapatan. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2017 dengan hanya menjual pakaian muslimah. Pada awalnya saya hanya menjalankan perniagaan ini dengan menjual produk saya kepada rakan-rakan terdekat berhampiran rumah sahaja. Pada tahun 2018, saya mula menjual beg tangan kanak-kanak dan dewasa pada harga yang murah, berpatutan dan mampu milik. Saya juga menghadiri kelas pemasaran secara atas talian anjuran Pusat Internet dan kelas perniagaan luar bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kini, saya semakin aktif mempromosikan produk saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Whatapps dan Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Di samping itu, saya lebih memfokuskan 1 jenis produk sahaja iaitu pakaian muslimah. Pendapatan saya hanya sekitar RM600 – RM800 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya dapat mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan media sosial untuk mempromosi perniagaan saya ini. Pendapatan saya juga meningkat kepada RM2000 sebulan.