|
Nama : Amira Binti Othman Umur : 23 Tahun Ahli : 20 Disember 2013 Bentuk Perniagaan : Menjual Pelbagai Jenis Beg & Barangan Keperluan |
Latar belakang
Saya Amira Binti Othman bekerja sebagai pekerja swasta, berasal dari Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor. Sebelum ini, saya ada menjual beg & barangan keperluan lain secara online melalui Facebook dan Whatapps sahaja. Saya telah menjalankan perniagaan secara online untuk menambah pendapatan saya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet Felda Sungai Mas, pendapatan saya hanya sekitar RM 200 sebulan sahaja dan pengetahuan saya untuk memasarkan produk secara online amat minima.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan sosial media untuk mempromosi produk saya ini. Saya juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp serta mempromosi Produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti.