mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 (APRIL-JUN) CELIK IT – NUR SYAKILA BALQIS BINTI OTHMAN

Nama     : Nur Syakila Balqis Binti Othman

Umur     : 18 Tahun

Ahli        : 14 Januari 2019

 

Latar belakang

Saya Nur Syakila Balqis Binti Othman berumur 18 tahun merupakan lepasan SPM. Saya mengambil inisiatif untuk mempelajari Microsoft Office 2010 untuk menambah ilmu pengetahuan serta memenuhi masa lapang selepas peperiksaan SPM. Saya percaya pada masa akan datang, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap pelajar dan dalam alam pekerjaan nanti. Di samping itu, saya juga ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti selepas mendapat keputusan SPM kelak. Justeru itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari cara membuat akaun Email & Resume yang cantik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya mempunyai pengetahuan asas mengenai Microsoft Office 2010 tetapi tidak selalu mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Namun demikian, dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan  di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya merangka Resume untuk mencari kerja dengan hanya menggunakan Microsoft Word sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Saya dapat menaip dengan lebih pantas dan teruja untuk  mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada masa akan datang. Di samping itu, ia juga akan membantu saya sekiranya saya diterima masuk ke institusi pengajian tinggi selepas ini. Setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah akan memudahkan saya untuk menyiapkannya tepat pada masanya. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana membuat Resume yang lebih cantik dan menarik menggunakan Canva.com.