|
Nama : Zarina Binti Nasir Umur : 46 Tahun Ahli : 11 Mei 2017 |
Latar belakang
Saya Zarina Binti Nasir menjalankan perniagaan menjual kuih muih ini bagi menambahkan pendapatan. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2004 dengan hanya menjual roti. Pada awalnya saya hanya menjalankan perniagaan ini dengan menghantar produk saya ke kedai-kedai dan sekolah-sekolah berhampiran rumah sahaja. Pada tahun 2010, saya dapat membuka kedai sendiri dan dinamakan sebagai Zarina Cake. Dalam masa yang sama, saya mula memperkenalkan produk-produk lain seperti bahulu gulung, kek harijadi dan perkahwinan, donut dan biskut raya. Di samping itu, saya mahir dalam membuat kuih – muih moden seperti Cheese Cake. Saya juga menghadiri kelas pembuatan kuih bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kini, saya semakin aktif mempromosikan produk saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Whatapps dan Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Di samping itu, saya lebih memfokuskan 1 jenis produk sahaja iaitu pembuatan roti. Pendapatan saya hanya sekitar RM 800 – RM1000 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan media sosial untuk mempromosi perniagaan saya ini. Saya juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas serta mempromosi produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Di samping itu, saya juga kerap menghadiri kelas membuat kuih dan mempelajari lebih banyak jenis kuih – muih yang boleh dikomersialkan. Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 3000 sebulan.