mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 (JANUARI – MAC) USAHAWAN 2 – SRI SURYANTI BINTI AHMAD

Nama : Sri Suryanti Binti Ahmad

Umur : 42 Tahun

Ahli : 14 Mac 2017

 

Latar belakang

Saya Sri Suryanti Binti Ahmad merupakan seorang surirumah dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan ini bagi menambahkan pendapatan. Saya mengambil inisiatif untuk mula mengembangkan perniagaan terutamanya Nasi Bajet saya ini setelah mendapat sokongan dari keluarga dan kawan-kawan terdekat. Di samping itu, saya juga mahir dalam membuat kuih – muih seperti Baby Tart. Saya mula berniaga sejak 4 tahun yang lalu dan hanya memasarkan produk melalui Whatsapp dan Facebook persendirian sahaja. Saya aktif berniaga di kawasan sekitar tempat tinggal.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perniagaan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 200 – RM300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikut program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, pengetahuan saya lebih meluas dan pandai menggunakan media sosial untuk mempromosi perniagaan saya ini. Saya akan mengambil pesanan Nasi Bajet hampir setiap hari. Saya juga mempelajari cara mempromosi produk menggunakan Whatsapp dan Facebook serta mempromosi produk saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Di samping itu, saya juga ada menghadiri kelas membuat kuih untuk menambahbaik kemahiran sediada dalam pembuatan kuih Baby Tart. Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 600 – RM 700 sebulan. Selain itu, saya juga semakin aktif mempromosikan produk saya menerusi media sosial.