|
Nama : Masrina Binti Abu Umur : 40 Tahun Ahli : 30 Jun 2012 |
Latar belakang
Saya Masrina Binti Abu menjalankan perniagaan tudung bawal bagi menambahkan pendapatan. Saya menjual tudung bawal dengan pelbagai corak dan batu yang boleh dibuat mengikut permintaan pelanggan. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2012. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari idea dan kreativiti dalam menghasilkan corak tudung yang berlainan. Impian saya ingin menghasilkan corak tudung yang berbeza dan terhad kepada setiap pelanggan. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya kepada kawan-kawan terdekat. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium saya mempromosikan perniagaan saya. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 200 – RM300 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya belajar untuk mempromosikan perniagaan saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Saya juga dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan. Saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook serta Instagram dengan lebih meluas. Selain itu, Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 800 – RM 1000 sebulan.