mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2019 (OKTOBER – DISEMBER) USAHAWAN 1 – PN ZURITA BINTI M TAIB

Nama     : Zurita Binti M Taib

Umur     : 34 Tahun

Ahli        : 5 April 2011

 

Latar belakang

Saya Zurita Binti M Taib menjalankan perniagaan menjual makanan bagi menambahkan pendapatan. Saya menjual pelbagai jenis makanan mengikut permintaan pelanggan seperti roti sandwich dan pelbagai jenis kuih muih. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2011. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari menu-menu baru yang boleh dipelbagaikan demi permintaan pelanggan. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya kepada kawan-kawan terdekat. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium saya mempromosikan perniagaan saya. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 200 – RM300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti program usahawan yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya belajar untuk mempromosikan perniagaan saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Saya juga dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan sepanjang program dijalankan. Saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook Page dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari menggunakan Canva.com untuk menyunting gambar produk yang diambil. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 900 – RM 1000 sebulan.