|
Nama : Nurhazimah Binti Shahrom Umur : 11 Tahun Ahli : 28 Mei 2015 |
Latar belakang
Saya Nurhazimah Binti Shahrom berumur 11 tahun datang ke Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Pada pendapat saya, Microsoft Office 2010 merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu walaupun saya baru berumur 11 tahun. Hal ini kerana, kebanyakan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru memerlukan saya untuk menggunakan komputer bagi menyiapkannya. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, para petugas pusat internet juga ada mengajar saya menggunakan aplikasi Canva.com yang mempunyai pelbagai fungsi seperti membuat poster.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya bimbingan dari petugas pusat internet, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan aplikasi Canva.com.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer dan pastinya akan membantu saya menyiapkan tugasan selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat poster contohnya di samping melihat templat-templat lain yang boleh digunapakai pada masa akan datang.