mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (APRIL – JUN) USAHAWAN ONLINE 1 – SUHAILA BINTI SUKAIMI

Nama     : Suhaila Binti Sukaimi

Umur     : 28 Tahun

Ahli        : 23 Disember 2010

 

Latar belakang

Saya Suhaila Binti Sukaimi menjual pelbagai jenis kek dan biskut bagi menambahkan pendapatan. Sebelum ini, saya merupakan Penasihat Insurans sepenuh masa dan dalam masa yang sama, saya hanya mengambil tempahan kek dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Namun, lama kelamaan, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mula menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2013. Saya mula memperkenalkan perniagaan saya kepada kawan-kawan terdekat. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perniagaan saya menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM600 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah saya membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan ini sepenuh masa, saya ada juga mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari idea dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Oleh itu, produk yang saya hasilkan sekarang bukan hanya tertumpu pada kek sahaja tetapi saya telah meluaskan perniagaan dengan membuka tempahan biskut raya. Di samping itu, saya juga berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Selain itu, Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 800 – RM 1000 sebulan.