mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (JANUARI – MAC) CELIK IT – SYAZLIANA BINTI KAMALZUHARI

Nama     : Syazliana Binti Kamalzuhari

Umur     : 18 Tahun

Ahli        : 6 Disember 2019

 

Latar belakang

Saya Syazliana Binti Kamalzuhari berumur 18 tahun datang ke Pusat Internet Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu sekiranya saya melanjutkan pelajaran selepas ini. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk membuat resume dan membuat akaun Gmail.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya  kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial sahaja dan tidak pernah menggunakan Canva.com.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Di samping itu, ia juga akan membantu saya sekiranya saya menyambung pelajaran selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan menggunakan akaun Gmail bagi tujuan rasmi pada masa akan datang.