|
Nama : Faldawati Binti Turimin Umur : 39 Tahun Ahli : 24 Februari 2011 |
Latar belakang
Saya Faldawati Binti Turimin menjalankan perniagaan makanan ringan bagi menambahkan pendapatan. Saya menjual cakar ayam yang diperbuat daripada kentang. Perniagaan ini bermula dari rumah sejak tahun 2012. Ini merupakan perniagaan keluarga dan saya yang bertanggungjawab dalam meneruskan legasi keluarga ini. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari idea dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Impian saya ingin menghasilkan makanan ringan seperti Cakar Ayam ini dengan menggunakan bahan yang mudah diperoleh tapi sedap. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya kepada kawan-kawan terdekat. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium saya mempromosikan perniagaan saya. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM500 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di Pusat Internet, saya dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan. Di samping itu, saya belajar untuk mempromosikan perniagaan saya ke dalam MyShop di Dashboard Komuniti. Saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook serta Facebook Page dengan lebih meluas. Selain itu, Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 800 – RM 1000 sebulan.