mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (JANUARI – MAC) USAHAWAN 2 – PN NURSYAHIRAH BINTI KHAIDIR

Nama     : Nursyahirah Binti Khaidir

Umur     : 29 Tahun

Ahli        : 30 November 2009

 

Latar belakang

Kami merupakan adik beradik dan menjalankan perniagaan menjual makanan bagi menambahkan pendapatan. Kami mula menjual Peria Crispy dari rumah sejak tahun 2018. Dalam masa yang sama, kami sentiasa mencari menu-menu baru yang boleh dipelbagaikan dan boleh menjadi kudapan para pelanggan. Di samping itu, pada mulanya kami hanya memperkenalkan perniagaan kami kepada kawan-kawan terdekat. Kini, kami semakin aktif mempromosikan perkhidmatan menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, kami hanya mempromosikan perkhidmatan ini kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, kami juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan ini. Kami kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan ini. Pendapatan kami hanya sekitar RM 100 – RM300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti program usahawan yang telah di anjurkan di Pusat Internet, kami belajar untuk mempromosikan perniagaan kami ke dalam media sosial. Kami juga dapat bertukar pandangan dalam perniagaan sepanjang program keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, kami juga dapat mempelajari menggunakan Canva.com untuk menyunting gambar produk yang diambil. Kami berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook Page dengan lebih meluas. Selain itu, pendapatan kami juga meningkat kepada RM 800 – RM 900 sebulan.