mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (OKTOBER-DISEMBER) CELIK IT – NURUL AZLIN BINTI MD ZABRI

Nama     : Nurul Azlin Binti Md Zabri

Umur     : 23 Tahun

Ahli        : 13 Oktober 2020

Latar belakang

Saya Nurul Azlin Binti Md Zabri berumur 23 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010 disamping dapat mempelajari menggunakan akaun Gmail. Pada pendapat saya, Microsoft Office 2010 merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang perlu dipelajari terutamanya dalam mencari pekerjaan kelak. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan Microsoft Office. Saya dapat mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan dengan bantuan dari petugas pusat internet. Di samping itu, sebelum ini, saya hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial sahaja dan tidak pernah menggunakannya untuk urusan rasmi seperti mencari pekerjaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer dan pastinya akan membantu saya sekiranya saya ditawarkan pekerjaan kelak. Di samping itu, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Dalam masa yang sama, modul yang diberikan dapat menjadi panduan untuk saya pada masa akan datang. Saya juga dapat mempelajari cara menghantar Email bagi urusan rasmi untuk mencari pekerjaan dan amat membantu saya.