mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (OKTOBER-DISEMBER) USAHAWAN 1 – PN AZWITA BINTI MOHD IDRIS

Nama     : Azwita Binti Mohd Idris

Umur     : 38 Tahun

Ahli        : 6 Oktober 2017

Latar belakang

Saya Azwita Binti Mohd Idris menyediakan perkhidmatan menjahit langsir dan skirting meja. Perniagaan ini bermula pada tahun 2010 dan saya hanya menerima tempahan bagi kawasan Felda Papan Timur, Sungai Mas dan Bandar Mas sahaja. Atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya telah membuka tempahan bagi kawasan sekitar seperti Desaru, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan mengambil tempahan bagi menambahkan pendapatan keluarga. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perniagaan saya menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, saya juga kurang mempromosikan produk di media sosial. Pada awalnya, saya hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya. Pendapatan saya hanya sekitar RM1 000 – RM1 500 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kini, Facebook merupakan medium utama bagi saya mempromosikan perkhidmatan disamping menggunakan aplikasi Whatsapp. Saya ada mengikuti program yang telah di anjurkan di NADI seperti kelas usahawan. Di samping itu, saya juga berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas di samping menggunakan platform Shopee sebagai medium menambahkan pendapatan melalui NADI. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari idea dan kreativiti dalam menghasilkan design dan menggunakan kain yang lebih berkualiti bagi memberi kepuasan kepada para pelanggan. Pendapatan saya juga meningkat kepada RM 1 500 – RM 3 000 sebulan.